X

Kindly register in order to view this article
!

Lebih 1,000 pesakit Covid-19 di Kelantan adalah kanak-kanak

Seramai 1,078 atau 18 peratus daripada 5,921 pesakit Covid-19 di Kelantan adalah golongan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Gambar hiasan
A
A

KOTA BHARU - Seramai 1,078 atau 18 peratus daripada 5,921 pesakit Covid-19 di Kelantan adalah golongan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, kata Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin.

Beliau berkata, antara daerah yang mencatatkan angka tinggi ialah daerah Kota Bharu yang menjangkau 517 kes, diikuti Pasir Mas (132 kes) serta Tumpat (120 kes) dan perkembangan ini agak membimbangkan.

"Orang ramai diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak membawa anak-anak ke tempat awam. Kita juga menasihati ibu bapa yang pulang ke rumah selepas berurusan di luar supaya membersihkan diri sebelum menyentuh atau berinteraksi dengan anak-anak mereka," katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.

Selasa lepas, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak dan bayi menimbulkan kebimbangan berikutan mereka merupakan golongan berisiko dijangkiti selepas warga emas.

Sementara itu, menerusi hantaran di akaun Facebook, Dr Izani berkata, Kelantan merekodkan 754 kes baharu pada Khamis menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di negeri ini adalah 24,723 kes dengan empat kluster baharu. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!