Dua maut bom tangan meletup di Burundi

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

BUJUMBURA - Dua terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam letupan bom tangan di Bujumbara, Burundi, pada Selasa lapor Agensi Berita Xinhua.

"Seorang maut di lokasi kejadian dan seorang lagi ketika dalam perjalanan ke hospital," memetik Twitter Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Seorang daripada suspek dipercayai pengganas telah ditahan.

Menurut saksi kejadian dua bom tangan meletup satu di stesen bas sementara satu lagi dekat pasar di kawasan kejiranan Ngagara di utara Bujumbura utara. - Bernama

Artikel Berkaitan: