X

Kindly register in order to view this article
!

Insiden LRT: Abdul Hadi ajak rakyat Malaysia berdoa

Abdul Hadi Awang
A
A

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengajak seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan semua penumpang yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT), semalam (Isnin).

Abdul Hadi berkata, beliau mengikuti berita kejadian kemalangan membabitkan pertembungan dua tren LRT berhampiran stesen Kampung Baru itu sejak malam Isnin.

"Saya mendoakan supaya semua penumpang diuji dengan musibah ini selamat dan diberikan kesembuhan oleh ALLAH SWT.

"Terima kasih kepada petugas-petugas keselamatan dan kecemasan yang bertindak pantas dalam kerja-kerja menyelamat serta merawat mangsa terlibat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Media melaporkan seramai 213 penumpang cedera dengan 47 daripadanya cedera parah akibat pertembungan dua tren LRT laluan Kelana Jaya yang berlaku dalam terowong antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru.

Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

ARTIKEL BERKAITAN Dua tren LRT bertembung, penumpang cedera

Insiden LRT: 47 penumpang parah

Insiden LRT: PM arah siasatan segera


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!