5,867 petugas media bakal terima vaksin

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Seramai 5,867 petugas media daripada 144 agensi media berdaftar seluruh negara ini bakal menerima suntikan vaksin Covid-19 dalam masa terdekat.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keputusan itu dibuat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) untuk mengutamakan barisan hadapan termasuk guru dan pengamal media.

"Temujanji akan diberikan secepat mungkin selepas CITF menerima butiran mereka," katanya pada sidang akhbar perkembangan PICK bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menurutnya, jumlah petugas media itu diperoleh hasil kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta persatuan wartawan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Kesemua petugas media adalah pemegang Kad Perakuan Media JaPen yang aktif menjalankan kerja-kerja kewartawanan bagi tempoh dua tahun bermula 1 Mei 2019 hingga 30 April 2021,"katanya.

Sebelum ini, persatuan media berharap kerajaan mengutamakan petugas yang berada di lapangan untuk mendapatkan suntikan vaksin pada fasa pertama PICK.

Bagaimanapun petugas media tidak tersenarai pada fasa pertama atas sebab kekangan bekalan vaksin.

Artikel Berkaitan: