Uncle Kentang terima anugerah daripada Ratu Elizabeth II

Kuan Chee Heng
Kuan Chee Heng
A
A
A

SHAH ALAM - Aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang bakal menerima anugerah ‘Point of Light’ daripada Ratu Elizabeth II atas kerja-kerja amal kepada masyarakat yang dilakukannya sebelum ini.

Khabar gembira itu dikongsi sendiri Chee Heng menerusi kemas kini di laman Facebook beliau pada Ahad.

Chee Heng berkata, beliau bagaimanapun mendedikasikan anugerah tersebut kepada seluruh masyarakat yang sentiasa menyokong dan membantu golongan memerlukan di negara ini.

"Saya berkongsikan mengenai penghargaan ini dengan anda semua yang telah banyak menyokong dan mendorong membantu pihak memerlukan mendapat kehidupan lebih baik.

"Ini merupakan satu penghargaan dan kejutan besar buat saya yang dipilih bagi menerima anugerah ini.

"Tidak salah jika saya katakan yang anugerah ini adalah untuk anda semua," katanya.

Chee Heng dijadualkan menerima penganugerahan berkenaan di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur sempena hari lahir Ratu Elizabeth II pada 12 Jun ini.

Anugerah 'Point of Light' diberikan kepada individu dalam negara anggota Komanwel sebagai tanda pengiktirafan atas kerja sukarelawan yang membuat perubahan dalam komuniti mereka.

Artikel Berkaitan: