Polis lengkapkan kertas siasatan kes rogol rakan ADUN

Azmi Abu Kassim
Azmi Abu Kassim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berkaitan tuduhan rogol yang dibuat oleh seorang wanita terhadap rakan kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya berharap dapat menyelesaikan kertas siasatan kes berkenaan dalam minggu ini.

"Kita sudah merakamkan keterangan saksi melibatkan lebih kurang 10 individu bagi membantu siasatan. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Isnin.

Azmi sebelum itu mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa dirogol salah seorang daripada dua kenalan ADUN di sebuah hotel di Sri Hartamas di sini pada Disember lalu.

Azmi turut memaklumkan bahawa beberapa individu telah ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Mangsa berusia 33 tahun mendakwa ADUN berkenaan menjemputnya untuk meraikan ulang tahun kelahirannya pada 4 Disember lalu bersama dengan kenalan rapatnya serta dua lagi rakan wanita.

Selepas makan malam, wanita itu mendakwa mereka semua pergi berkaraoke dan minum minuman beralkohol serta mabuk.

Seorang rakan mangsa mendakwa seorang lelaki lain menyertai mereka di bilik karaoke berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Mangsa memberitahu bahawa dia mempunyai ingatan samar mengenai apa yang berlaku selepas aktiviti karaoke itu, namun dia mendakwa ADUN berkenaan menolongnya berjalan kerana dirinya lemah dan hampir pengsan.

Kata mangsa, ingatan terakhirnya sebelum tidak sedarkan diri ialah wajah kenalan ADUN itu di atasnya.

ARTIKEL BERKAITAN Polis sahkan terima laporan wanita dakwa dirogol kenalan ADUN