PKP: KRM tangguh saingan 7s Kebangsaan, Piala Agong

Fahmy
Fahmy
A
A
A

KESATUAN Ragbi Malaysia (KRM) menangguhkan sementara Kejohanan Tujuh Sebelah (7s) Kebangsaan dan Piala Agong berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 25 Mei ini.

Naib Presiden KRM, Fahmy Abd Jalil dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, Lembaga Pertandingan KRM mengambil perhatian serius aspek keselamatan dan kesihatan tidak hanya komuniti ragbi tetapi juga semua pihak berikutan peningkatan kadar kes semasa pandemik Covid-19 di negara ini.

Justeru itu menurut Fahmy, KRM selepas merujuk kepada Exco KRM mengambil keputusan menangguhkan sementara saingan Kejohanan 7s Kebangsaan yang bermula pada 31 Julai hingga 1 Ogos depan dan Piala Agong (14 Ogos) ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kemudian.

"Keputusan ini berhubung kait dengan perintah kawalan pergerakan dan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan berkuatkuasa pada 25 Mei ini.

"Sebarang makluman mengenai tarikh baharu kejohanan akan dimaklumkan setelah mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19. Surat rasmi penangguhan akan dikeluarkan kepada semua ahli gabungan dalam masa terdekat," katanya yang juga pengarah pertandingan KRM dalam satu kenyataan pada Ahad.

Artikel Berkaitan: