80 lagi penduduk Kepulauan Tumpat positif Covid-19

Penduduk di Kepulauan Tumpat menunggu giliran untuk menjalani ujian saringan Covid-19 selepas kawasan mereka dikenakan PKPD.
Penduduk di Kepulauan Tumpat menunggu giliran untuk menjalani ujian saringan Covid-19 selepas kawasan mereka dikenakan PKPD.
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 80 penduduk di Kepulauan Tumpat di sini yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) disahkan positif Covid-19 pada Ahad.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Husin berkata, jumlah itu melibatkan penduduk dari Teluk Renjuna, Pantai Haji Nik Mat, Pulau Beluru dan Pantai Suri.

"Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan positif di empat lokasi itu ialah 111 orang setakat ini," katanya.

Menurutnya, JKNK turut memuji kerjasama yang diberikan oleh penduduk kawasan itu dalam menjalani ujian saringan terbabit.

Beliau berkata, kerjasama tersebut memudahkan lagi para petugas JKNK bagi mengekang penularan pandemik tersebut daripada keluar dari kawasan berkenaan.

"Saya harap penduduk terus patuh prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha memutuskan rantaian pandemik ini," katanya.

Dr Zaini berkata, sebanyak 600 ujian saringan telah dilakukan ke atas penduduk di kawasan tersebut pada Ahad.

Katanya, ketika ini JKNK sedang menunggu 1,000 lagi keputusan ujian saringan yang telah dilakukan ke atas penduduk sejak dua hari lalu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!