X

Kindly register in order to view this article
!

Kelindan lori maut dihempap pokok

Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf
A
A

TANAH MERAH - Seorang kelindan lori maut dipercayai dihempap pokok dalam kejadian di atas bukit Kampung Lalang, Batang Merbau, di sini petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, mangsa berumur 38 tahun itu didakwa ke bukit tersebut bersama dua rakan bertujuan membersihkan kebun buah-buahan.

Katanya, ketika kejadian kejadian mangsa dari Ayer Lanas sedang menebang sebatang pokok manakala dua lagi rakannya berada di bahagian atas bukit tersebut.

“Tiba-tiba salah seorang rakan mangsa terdengar bunyi pokok tumbang tetapi enjin gergaji besi masih hidup.

“Rakan itu memanggil mangsa tetapi tiada jawapan sebelum mengambil keputusan turun melihat mangsa 10 minit kemudian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Zainuddin berkata, mangsa didapati berada di bawah pokok dalam keadaan tertiarap dan tiada tindak balas manakala hidungnya berdarah.

Beliau berkata, usaha menurunkan mangsa dilakukan dengan bantuan anggota bomba dan penduduk kampung bermula jam 3 petang.

“Mayat mangsa berjaya dibawa keluar dari tempat kejadian pada jam 5.20 petang. Pada jam 5.30, Klinik Kesihatan Gual Ipoh mengesahkan mangsa meninggal dunia.

“Punca kematian akan diperoleh selepas bedah siasat. Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati tiada unsur-unsur jenayah namun siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!