X

Kindly register in order to view this article
!

PKPD: Warga Kuantan perlu kekal tenang

Mohd Shahar
A
A

KUANTAN - Semua penduduk daerah Kuantan termasuk warga Parlimen Paya Besar diminta bersabar dan kekal tenang dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seluruh daerah itu bermula Isnin hingga 7 Jun depan.

Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah berkata, rakyat gusar dan bimbang dengan perkembangan itu tetapi semua pihak perlu bekerjasama menghadapi keadaan itu bagi memastikan rantaian virus Covid-19 dapat diputuskan dengan segera.

Menurutnya, warga Kuantan wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPD yang telah ditetapkan.

"Saya ingin menasihati orang ramai agar tidak sesekali mengambil keputusan silap dengan keluar dari kawasan masing-masing dan berpindah menumpang ke kawasan lain.

"Tindakan itu satu kesalahan dan boleh menyebabkan penyebaran jangkitan virus ini dengan lebih luas serta akan menyulitkan lagi usaha pihak berkuasa untuk bertindak memutuskan rantaian virus Covid-19," katanya melalui kenyataan di Facebooknya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan II berkata, orang ramai khususnya warga Paya Besar yang mempunyai sebarang masalah, aduan, cadangan dan perkara berbangkit boleh menghubungi Pusat Khidmat Ahli Parlimen Paya Besar di talian https://wa.me/601117641759 (Whatsapp).

"Kita akan membantu menyampaikan maklumat itu dan selaraskan dengan pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya.

"Jaga diri dan berikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Dapatkan maklumat daripada sumber yang tepat, perhatikan kesihatan keluarga kita dan sama-sama berdoa agar kita semua dilindungi dari wabak ini," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!