X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

Polis siasat Exco Kerajaan Negeri anjur sambutan hari raya

Tangkap layar tular di media sosial berhubung seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor mengadakan majlis sambutan hari raya di rumahnya.
A
A

BANTING - Seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor disiasat polis susulan dakwaan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana mengadakan majlis sambutan hari raya di rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, perkara itu dikesan pihaknya kira-kira jam 5.45 petang Khamis selepas tular di Twitter.

"Gambar yang dimuat naik @SuzieMusa itu mendakwa terdapat seorang Yang Berhormat (YB) bertaraf Exco di Selangor dalam satu majlis sambutan hari raya di rumahnya di Tanjung Sepat, Kuala Langat.

"Susulan itu, satu laporan telah dibuat dan siasatan telah dijalankan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 [P.U.(A) 225/2021].


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!