RM5 pun tidak mampu

May Ing (tengah) pada sidang media Persidangan Dun Perak ke-14, hari ini.
May Ing (tengah) pada sidang media Persidangan Dun Perak ke-14, hari ini.
A
A
A

IPOH - Tidak mampu mencarum walaupun RM5 dan suami tidak bantu, itulah antara alasan yang diberikan golongan suri rumah yang tidak mendaftar Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri).

Exco Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Wong May Ing berkata, hanya 1,454 orang atau 10.7 peratus yang mendaftar sejak inisiatif itu dilancarkan Ogos lalu.

Menurutnya, angka itu terlalu rendah berbanding 13,603 yang layak mencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Perak.

“Selain suri rumah, insentif itu juga ditawarkan kepada balu dan ibu tunggal dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih).

“Bagaimanapun, sambutan yang diterima setakat ini kurang memberangsangkan sedangkan ia memberi manfaat sehinggalah waktu umur bersara,” katanya pada sidang media Persidangan Dun Perak ke-14 di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan:


Menurutnya, setiap caruman ke akaun persaraan, layak untuk menerima insentif kerajaan RM40 setiap bulan.

“Kerajaan negeri bersama agensi terlibat termasuk KWSP dan Unit Penyelarasan Perlaksanaan telah menjalankan program di seluruh daerah bagi menyampaikan kepentingan caruman ini,” katany