X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Mayat pekerja Thailand maut di Israel akan dibawa pulang

Mayat dua pekerja Thailand yang maut dalam serangan roket di wilayah Eshkol, selatan Israel pada Selasa akan diterbangkan ke negara asal mereka.
A
A

BANGKOK - Mayat dua pekerja Thailand yang maut dalam serangan roket di wilayah Eshkol, selatan Israel pada Selasa akan diterbangkan ke negara asal mereka.

Sementara itu, lapan pekerja Thailand yang lain, termasuk seorang cedera parah kini dirawat di Be’er Sheva dan sebahagiannya sudah dibenarkan keluar hospital.

Jurucakap Kementerian Luar Tanee Sangrat berkata, Kedutaan Thailand di Tel Aviv sedang berhubung dengan dengan pihak berkuasa buruh wilayah untuk memaklumkan kepada keluarga mangsa.

"Kami sedang menguruskan untuk menghantar mayat pulang," katanya dalam satu kenyataan.

Dua pekerja terbunuh manakala lapan yang lain cedera dalam satu serangan roket di Ohad, di wilayah Eshkol, kira-kira 14 kilometer dari Gaza, dalam kejadian 2.35 petang (waktu tempatan) pada Selasa.

Mereka yang maut dikenali - Veerawat Karanborirak, 44, dari wilayah Phetchabun, dan Sikharin Sangamram, 24, dari Buriram. Sementara mangsa yang cedera termasuk seorang wanita berusia antara 26 hingga 40 tahun.

Menteri Buruh Suchart Chomklin berkata, Israel akan membayar pampasan kepada keluarga mangsa.

Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha turut mengucapkan takziah kepada keluarga dua pekerja Thailand itu.

Sehingga kini, terdapat kira-kira 25,000 rakyat Thailand bekerja di sektor pertanian di Israel. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!