Rehda setuju PKP penuh di Selangor

Rehda setuju sekiranya kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh di Selangor.
Rehda setuju sekiranya kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh di Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Selangor setuju sekiranya kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh di Selangor.

Pengerusinya, Datuk Ho Hon Sang berkata, ia berikutan peningkatan kes harian Covid-19 yang dilihat semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini.

“Justeru, kami akan menerima segala keputusan kerajaan untuk melaksanakan langkah-langkah yang mengutamakan kesihatan rakyat dalam usaha mengurangkan kadar infeksi sekali gus melandaikan lekuk Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Hong Sang berkata, pihaknya turut menyokong penguatkuasaan lebih tegas terhadap prosedur operasi standard (SOP) dengan semua perniagaan dibenarkan untuk terus beroperasi.

Beliau berkata, memandangkan industri seperti harta tanah, pembinaan, pembuatan dan sektor perkhidmatan lain kini berada dalam proses pemulihan, jadi momentum tersebut harus dikekalkan.

“Sekiranya sektor ekonomi ditutup, ia memberi kesan kepada semua industri kerana masing-masing akan mengalami kerugian serius.

“Bagaimanapun, kami mengalu-alukan beberapa perniagaan yang memilih untuk menutup perniagaan mereka,” katanya

Sehubungan itu, beliau berkata, langkah terbaik adalah dengan melaksanakan program vaksinasi dengan cepat kepada rakyat supaya pandemik Covid-19 dapat dikawal sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

Pada Rabu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Aminudin Shari menjelaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai halangan sekiranya kerajaan Persekutuan ingin melaksanakan PKP secara penuh di negeri tersebut.

Beliau bagaimanapun berkata, pelaksanaan itu perlu dilakukan secara menyeluruh dan holistik dengan mengambil kira beberapa aspek seperti kesihatan mental dan kehilangan pendapatan.