Covid-19: Angka korban 3.4 juta, kes positif global lebih 164.4 juta

India merekodkan 25.5 juta kes positif Covid-19.
India merekodkan 25.5 juta kes positif Covid-19.
A
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 164.4 juta kes.

Ia berikutan lebih 700,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.01 juta kes.

Ini diikuti India dengan 25.5 juta kes dan Brazil dengan lebih 15.7 juta kes manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, dan Turki, sementara Rusia, United Kingdom dan Itali lebih 4 juta kes.

Jerman, Sepanyol, Argentina dan Colombia pula melebihi 3 juta kes. Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih 2 juta kes.

Peru, Indonesia, Afrika Selatan, Belanda, Kanada, Chile, dan Romania antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Malaysia, Slovakia dan Panama.

Negara lain merekodkan angka positif di antara 100,000 dan 300,000 kes.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 3.4 juta kes.

Ia selepas lebih puluhan ribu kematian baharu direkodkan secara global dalam tempoh 24 jam lepas.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 587,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 439,000 kes, India lebih 283,000 kes, Mexico lebih 220,000 kes.

Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan manakala negara yang mencatatkan di antara 30,000 dan 50,000 kes kematian ialah Ukraine, Indonesia, dan Turki.

Selain itu, Belgium dan Kanada pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes. - Awani