ADUN Jeram tawar RM1,000 sekeping wang kertas lama RM1

Mohd Shaid memuat naik status di Facebook beliau pada Rabu.
Mohd Shaid memuat naik status di Facebook beliau pada Rabu.
A
A
A

JERAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli menawarkan RM1, 000 kepada mana-mana individu yang mempunyai sekeping wang RM1 yang ditandatangani Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) keenam, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman.

Mohd Shaid berkata, jumlah itu akan meningkat kepada RM2, 000 hingga RM3, 000 sekiranya keadaan wang kertas RM1 itu masih dalam keadaan baik dan sempurna.

"Cuba tengok (wang) kertas RM1 yang anda ada. Kalau ada tandatangan sama seperti gambar di bawah, saya beli dengan harga RM1, 000.

"Kalau keadaan cantik, saya beli dengan Harga RM2, 000 dan kalau lagi cantik saya beli dengan RM3, 000," katanya yang memuat naik status di Facebook beliau pada Rabu.

Status itu menerima pelbagai reaksi tanda suka, komen dan perkongsian daripada pengendali Facebook lain.

Artikel Berkaitan: