Covid-19: Selangor tempah 2.5 juta dos vaksin

Kerajaan Selangor menerusi Selgate Coporation telah menempah 2.5 juta dos vaksin Covid-19 untuk diagihkan kepada golongan yang perlu diberi keutamaan di negeri ini. Gambar kecil: Siti Mariah
Kerajaan Selangor menerusi Selgate Coporation telah menempah 2.5 juta dos vaksin Covid-19 untuk diagihkan kepada golongan yang perlu diberi keutamaan di negeri ini. Gambar kecil: Siti Mariah
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menerusi Selgate Coporation telah menempah sebanyak 2.5 juta dos vaksin Covid-19 untuk diagihkan kepada golongan yang perlu diberi keutamaan di negeri ini.

Exco Kesihatan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, daripada jumlah itu sekitar hampir satu juta pekerja industri akan menerima dos suntikan vaksin berkenaan yang akan dijual semula kepada syarikat berdaftar dengan Selangor Vax.

Beliau berkata, perbincangan mengenai pembelian vaksin ini sudah berada di peringkat akhir dan bakal diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tidak lama lagi.

"Pembelian ini akan dibuat menerusi salah satu pembekal vaksin yang mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Sebanyak 3,500 syarikat sanggup membayar deposit untuk pembelian vaksin ini sebagai komitmen selepas mereka sendiri memohon untuk membelinya bagi membolehkan industri dapat berjalan semula," katanya sewaktu sidang akhbar yang berlangsung di Bangunan Annex pada Rabu.

Hadir sama pada sidang akhbar itu adalah Pengerusi Pasukan Petugas Khas Menangani Covid-19 Selangor (STFC), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Mengulas lanjut, Siti Mariah berkata, sekitar 3.3 peratus penduduk di Selangor telah menerima suntikan vaksin Covid-19 sehingga kini dan jumlah itu adalah sangat rendah berbanding populasi penduduk negeri ini.

"Jumlah ini adalah sangat rendah berbanding negeri lain dan kita harap kerajaan dapat menumpukan pemberian vaksin ini di Selangor serta Kuala Lumpur,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, kerajaan negeri juga tidak mengetahui jumlah sebenar dos vaksin Covid-19 yang diperuntukkan buat rakyat negeri ini setakat Rabu.