X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

Konflik Palestin-Israel: China kemuka empat cadangan

Orang ramai membawa mayat rakyat Palestin yang terbunuh di kem pelarian di Kota Gaza pada Sabtu. - Foto Reuters
A
A

BEIJING - China mengemukakan empat cadangan susulan konflik Palestin-Israel yang memuncak baru-baru ini sehingga mengakibatkan korban yang ramai termasuk wanita dan kanak-kanak.

Menteri Luar, Wang Yi ketika mempengerusikan debat terbuka Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) pada Ahad berkata, penyelesaian isu Palestin secara menyeluruh, adil dan tuntas akan membantu Timur Tengah mencapai keamanan dan keselamatan berkekalan.

Menurutnya, syor yang pertama ialah Palestin dan Israel perlu segera mengadakan gencatan senjata.

China mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman ke atas orang awam dan menggesa kedua-dua pihak menghentikan permusuhan.

Kedua, bantuan kemanusiaan amat diperlukan penduduk di kawasan terbabit.

Justeru, China mendesak Israel menunaikan kewajipan di bawah perjanjian antarabangsa, membatalkan sekatan terhadap Gaza secepat mungkin, menjamin keselamatan dan hak penduduk awam, serta menyediakan akses kepada bantuan kemanusiaan.

Komuniti antarabangsa perlu menyalurkan bantuan kepada Palestin, manakala PBB memainkan peranan sebagai penyelaras bagi mengelakkan musibah yang lebih teruk.

Ketiga, sokongan padu masyarakat antarabangsa dan UNSC bertindak untuk merungkai konflik Palestin-Israel, sambil mengulangi sokongan teguh terhadap "penyelesaian dua negara".

Keempat, 'penyelesaian dua negara' satu-satunya jalan keluar bagi isu berkenaan.

China menyokong kedua-dua pihak kembali ke meja rundingan mengikut formula 'penyelesaian dua negara' secepat mungkin ke arah mewujudkan negara Palestin yang berdaulat dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!