Lebih 68,000 warga emas, OKU untuk fasa 2 vaksinasi Covid-19

JKM telah menyerahkan senarai nama 68,003 individu di bawah jagaannya kepada MOSTI untuk dipertimbang bagi fasa dua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Foto: Bernama
JKM telah menyerahkan senarai nama 68,003 individu di bawah jagaannya kepada MOSTI untuk dipertimbang bagi fasa dua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyerahkan senarai nama 68,003 individu di bawah jagaannya kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk dipertimbang bagi fasa dua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), jumlah itu merangkumi 48,564 warga emas yang merupakan ahli Pusat Aktiviti Warga Emas dan 19,439 orang kurang upaya (OKU), iaitu pelatih Program Pemulihan Dalam Komuniti.

"Sebagai ahli kepada Jawatankuasa Khas Vaksin, permohonan telah dibuat agar MOSTI mengasingkan 40,000 dos vaksin bagi mempercepatkan proses vaksinasi kepada kumpulan sasar kementerian," kata KPWKM.

KPWKM berkata, pihaknya menjalinkan hubungan strategik yang berterusan bersama Kementerian Kesihatan, MOSTI dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) bagi memastikan kumpulan sasaran kementerian tidak tertinggal dalam pemberian vaksin.

Menurut kementerian itu, JKM juga dari masa ke masa membuat pemantauan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan Covid-19 ke atas 382 pusat jagaan warga emas dan 196 buah pusat jagaan OKU yang berdaftar di bawah JKM, dengan 404 pusat jagaan telah dibuat pemantauan setakat 11 Mei lepas.

Untuk keterangan lanjut berkenaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kumpulan sasaran KPWKM boleh melayari http://www.VaksinCovid.gov.my atau menghubungi Talian Kasih 15999 dan talian WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi 24 jam. - Bernama

Artikel Berkaitan: