X

Kindly register in order to view this article
!

Konflik Israel-Palestin: Ashaq jadi tumpuan Siti Nurhaliza, Sheikh Muszaphar

Dr Sheikh Muszaphar bertemu Ashaq pada tahun 2014 dan gembira pemuda itu masih dilindungi ALLAH sehingga kini. - Foto IG Dr Sheikh Muszaphar Gambar kanan: Gambar terbaru Ashaq pada tahun 2021.
A
A

SHAH ALAM - "Syukur dia masih hidup," luah Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sebaik mendapat tahu seorang kanak-kanak lelaki Palestin yang ditemuinya pada tahun 2014 masih hidup.

Angkasawan negara itu turut memuat naik gambar terbaharu pemuda yang dikenali sebagai Ashaq menerusi Instagram beliau.

"Nama anak muda ini ialah Ashaq. Bertemu dengannya ketika dia masih kecil. Alhamdulillah, dia masih hidup. Masya-ALLAH.

"Semoga ALLAH melindungi semua rakyat Palestin dalam masa-masa sukar ini. Amin Ya Rabb," ungkapnya ringkas.

Ketika ini, bumi Palestin terus bergolak dan terus dihujani peluru, bom sehingga mengorbankan hampir 200 rakyat Palestin, manakala lebih 1,000 orang cedera dalam serangan udara Israel yang dilancarkan sejak minggu lalu.

Sementara itu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin turut berkongsi pengalamannya bertemu dengan Ashaq ketika beliau dan rombongan ke Palestin.

"Masa Siti dan rombongan ke sana pun Ashaq sama-sama bantu kami. Alhamdulillah, semoga ALLAH SWT melindunginya," ujarnya.

Begitu juga dengan warganet bernama @ruziani berkata, dia pernah bertemu dengan Ashaq di sana, malah menemaninya ke Masjid Al-Aqsa.

"Semoga dia menjadi pembebas Palestin dan mujahidin di sana. Teringat pada dia, suka teman saya pergi ke masjid. Semalam baru tengok gambar di Palestin. Tertanya-tanya apa khabar dia. Alhamdulillah," katanya.

Tambah @ruziani, pemuda berkenaan tinggal berhampiran Masjid al-Aqsa dan gemar menemani sesiapa sahaja yang mahu berkunjung ke masjid tersebut.

Katanya, tidak hairanlah ramai rakyat Malaysia mengenali Ashaq, seorang pemuda yang baik hati dan suka membantu.

Rata-rata warganet terus mendoakan Ashaq dan saudara-saudara di bumi Palestin supaya dilindungi ALLAH SWT.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!