X

Kindly register in order to view this article
!

Ancelotti malu Everton kalah

Pemain Everton turut malu dengan kekalahan berkenaan.
A
A

PENGENDALI Everton Carlo Ancelotti mengakui malu dengan kekalahan 0-1 skuad kendaliannya itu kepada kelab tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL), Sheffield United di Goodison Park pada awal pagi Isnin.

Menurut Ancelotti, biarpun kekalahan berkenaan bukan yang pertama buat The Toffess di laman sendiri kerana pernah tewas dengan Newcastle, Fulham dan Burnley sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, kekalahan kepada skuad The Blades itu yang bakal tersingkir ke saingan Liga Kejuaraan musim depan nyata sesuatu yang cukup memalukan.

“Sukar untuk saya jelaskan apa yang berlaku sebenarnya pada perlawanan ini walaupun kami pernah tewas sebelum ini.

“Secara keseluruhannya, kekalahan ini telah membuatkan kami kehilangan peluang untuk beraksi di Eropah musim depan.

“Dengan baki dua perlawanan, kita akan tengok pula di manakah kedudukan kita selepas perlawanan terakhir musim ini,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, pemain muda The Blades berusia 17 tahun, Daniel Jebbison menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-7.

Kekalahan berkenaan menyaksikan Everton kini berada pada kedudukan ke lapan EPL dengan 56 mata setelah mengharungi 36 perlawanan.

Sementara itu Ancelotti menegaskan, dia akan bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan berkenaan dan berharap agar perkara sama dilakukan oleh pemain.

“Saya perlu mengambil tanggungjawab ini dan diharapkan pemain juga begitu kerana kami benar-benar malu dengan kekalahan ini,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!