X

Kindly register in order to view this article
!

Kesesakan CAC untuk penilaian harian

Gambar tular memaparkan keadaan di CAC Stadium Malawati.
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan gambar tular yang memaparkan orang ramai beratur panjang panjang memasuki CAC Stadium Malawati sebenarnya kedatangan harian untuk penilaian dan pelepasan pesakit Covid-19.

Gambar yang tular di media sosial pada Sabtu itu dikatakan pesakit Covid-19 yang sedang beratur memasuki stadium berkenaan.

"Ini senario di CAC, mereka yang datang akan dibuat penilaian oleh petugas kesihatan sama perlu dimasukkan ke hospital atau Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) swasta atau pemantauan di rumah, " menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook JKNS pada Ahad.

Menurut kenyataan itu lagi, bilangan kes positif di Selangor dilaporkan meningkat beberapa hari kebelakangan ini yang secara langsung meningkatkan beban tugas di CAC Stadium Malawati.

Selain itu katanya, kesesakan tersebut juga disebabkan ujian kit ujian pantas (RTK) untuk proses saringan.

"RTK-Ag pos perlu dibuat Polymerase Chain Reaction ( PCR) jika tiada epid link.

"Jika kes tersebut mempunyai strong epid link, PCR tidak perlu dibuat kerana sudah dianggap sebagai kes pasti Covid-19," katanya.

Tambahnya, prosedur tersebut dipraktikkan di Selangor kerana jumlah kes yang banyak dan proses rawatan pesakit perlu dipercepatkan.

"Jika semua keputusan RTK diambil kira, kita bimbang akan ada positif palsu," kata kenyataan itu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!