X

Kindly register in order to view this article
!

Dituduh langgar SOP, Azmin maafkan Ummi Hafilda

A
A

SHAH ALAM – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Sabtu memaafkan tuduhan dibuat oleh adiknya, Ummi Hafilda Ali berhubung dakwaan beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, tidak ada apa yang perlu beliau simpan di dalam hati berhubung tuduhan dibuat itu.

“Saya membaca tuduhan yang dibuat oleh Ummi Hafilda. Sebagai abang, saya maafkan tuduhan tersebut. Tidak ada apa-apa yang perlu saya simpan di hati.

“Mungkin beliau tidak mengetahui keadaan sebenar. Semoga Syawal ini lebih bermakna untuk kita semua. Eid Mubarak,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial Ummi Hafilda mendakwa ahli keluarga Azmin telah merentas daerah dan menghadiri perjumpaan untuk sambutan hari raya Aidilfitri.

Bagaimanapun, Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali dilaporkan berkata, siasatan awal terhadap dakwaan bahawa keluarga Azmin melanggar SOP PKP mendapati, semua individu terbabit mendiami kediaman Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Presint 10, Putrajaya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!