X

Kindly register in order to view this article
!

Ingkar SOP, kontraktor dikompaun RM4,000

Mohd Razli Mohd Yusof
A
A

PEKAN - Seorang kontraktor dikompaun RM4,000 kerana membenarkan kunjungan tetamu ke rumahnya di Felda Chini 2, di sini sempena Hari Raya Aidilfitri pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof berkata, tindakan itu diambil susulan satu video yang ditularkan berkenaan aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah lelaki berusia 45 tahun itu.

Menurutnya, berdasarkan rakaman video itu, kelihatan beberapa individu berada dalam kediaman tersebut sedang makan dan bersembang sedangkan aktiviti itu tidak dibenarkan.

"Bertindak atas maklumat, polis berjaya mengesan lelaki tersebut pada Jumaat dan menghubunginya untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan bagi membantu siasatan.

"Lelaki itu tampil dan mengaku bersalah sebelum tindakan kompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan 2021 kerana tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya melalui satu kenyataan pada Sabtu.

Mohd Razli berkata, orang ramai dinasihatkan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP yang ditetapkan serta bersama-sama membantu memutuskan rantaian penularan Covid 19.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!