Turki buru lebih 300 pengikut Gulen

Penyokong Gulen ditahan pihak berkuasa Turki.
Penyokong Gulen ditahan pihak berkuasa Turki.
A
A
A

ANKARA - TURKI. Polis Turki hari ini melancarkan serbuan bagi menahan lebih 300 orang, termasuk anggota tentera yang disyaki mempunyai pertalian dengan kumpulan yang dipersalahkan kerana melancarkan rampasan kuasa pada tahun 2016, lapor media negara itu.

Pendakwa raya di tiga wilayah terbesar di Turki iaitu Istanbul, Ankara dan Izmir mengeluarkan waran tangkap terhadap 324 orang sebagai sebahagian daripada siasatan lain terhadap pengikut pendakwah Islam yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen.

Turki menuduh Gulen mengarahkan operasi menjatuhkan Presiden Recep Tayyip Erdogan pada 15 Julai 2016 namun tokoh agama itu menafikan dakwan tersebut.

Pejabat pendakwa Ankara berkata setakat ini 30 suspek berjaya ditahan. – AFP

Artikel Berkaitan: