X

Kindly register in order to view this article
!

Bazar Ramadan, Aidilfitri PKP ditutup mulai Isnin ini

Ismail Sabri Yaakob
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan memutuskan penutupan semua bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Isnin.

Bazar Ramadan dan premis yang tersenarai dalam sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) pula akan ditutup selama tiga hari berkuatkuasa serta-merta.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, premis yang tersenarai dalam sistem HIDE kerana dikenal pasti sebagai lokasi berisiko kepada penularan kes Covid-19.

“Aktiviti penguatkuasaan bagi semua premis akan dipantau oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Bagi memastikan tiada kekeliruan, segala keputusan dan pengumuman pelaksanaan PKP di mana-mana kawasan atau negeri akan dibuat oleh kerajaan Persekutuan selepas ia diputuskan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam satu kenyataan mengenai PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan pada Sabtu.

Ismail Sabri berkata, kerajaan sentiasa meneliti prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa.

Menurutnya, sekiranya berlaku pertambahan kes harian, kerajaan akan mendapatkan nasihat dan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membolehkan SOP itu diperketatkan.

Katanya, ia berikutan trend kes dalam negara yang semakin membimbangkan ditambah pula dengan penemuan varian baru Covid-19.

“Keadaan ini menyebabkan beberapa negeri telah melaksanakan PKP secara bersasar dan dibuat berpandukan sistem amaran awal iaitu HIDE yang dibangunkan bersama oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan KKM.

“Ini bermakna sekiranya sistem HIDE mengesan sesuatu lokaliti itu merekodkan penularan kes, kerajaan akan membuat penilaian risiko bersama-sama KKM untuk menutup sementara lokaliti tersebut bagi membolehkan PKP dilaksanakan,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!