Tiga direman termasuk dua pegawai kanan kerajaan

Ketiga-tiga suspek diiringi pegawai SPRM negeri di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh.
Ketiga-tiga suspek diiringi pegawai SPRM negeri di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh.
A
A
A

MELAKA - Dua pegawai kanan kerajaan serta seorang pemilik syarikat pembuatan bot direman lima hari bagi membantu siasatan berkaitan kes terima suapan melibatkan projek bernilai hampir RM3 juta sejak 2016.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 23 Februari itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Melaka, Teoh Shu Yee bagi membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kes berkenaan mengikut Sekyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Ketiga-tiga lelaki itu yang berusia 37, 50 dan 56 tahun itu ditahan malam tadi sekitar Melaka tengah dan difahamkan turut ditahan bersama adalah isteri kepada salah seorang daripada suspek, namun permohonan reman terhadap wanita berusia 31 tahun itu ditolak mahkamah.

Kesemua mereka tiba di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh kira-kira jam 10 pagi sambil diiringi pegawai SPRM.

Kesemua suspek ditahan selepas dipercayai telah meminta dan menerima wang rasuah daripada syarikat-syarikat kontraktor yang beroperasi sekitar Melaka sebagai balasan memberikan projek serta tender di PPSPM sejak tiga tahun lalu.

SPRM turut menyita sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover dan pelbagai jam tangan mewah.

Kesemua suspek diwakili peguam, S Amritpal Singh.

Artikel Berkaitan: