X

Kindly register in order to view this article
!

UK, ASEAN rancang kerjasama lebih erat

UK dan ASEAN berharap kerjasama yang lebih erat dapat dijalinkan dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, iklim dan isu keselamatan serantau. - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - United Kingdom (UK) dan ASEAN berharap kerjasama yang lebih erat dapat dijalinkan dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, iklim dan isu keselamatan serantau.

Setiausaha Luar Britain, Dominic Raab berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi ASEAN dan Menteri Luar II Brunei, Datuk Seri Setia Awang Erywan Mohd Yusof di luar mesyuarat Menteri Luar dan Pembangunan G7 di London pada 5 Mei (Rabu).

Raab juga mengucapkan terima kasih kepada pemimpin ASEAN kerana telah menerima permohonan UK sebagai Rakan Dialog.

"Saya berharap dapat mengukuhkan lagi komitmen kami di rantau ASEAN pada masa akan datang,” kata Raab dalam satu kenyataan.

Raab berkata, dalam mesyuarat itu kedua-dua pihak turut membincangkan situasi di Myanmar.

"UK tetap tegas menentang rampasan kuasa tentera dan menyokong peranan penting dimainkan ASEAN berdasarkan prinsip Piagamnya," tambahnya.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat antara kedua menteri luar tersebut adalah yang pertama sejak Pemimpin ASEAN bersetuju menerima permohonan UK sebagai Rakan Dialog di Jakarta pada 24 April. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!