X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki dikhuatiri lemas cuba 'rentas' Sungai Golok

Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja SAR di Sungai Golok sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu. Foto: Batman Rantau Panjang
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang lelaki dikhuatiri lemas berhampiran pangkalan haram Parking di sini ketika berenang untuk 'merentas' Sungai Golok pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba, Imran Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.13 tengah hari.

"Mengikut maklumat awal kejadian itu disedari oleh penduduk negara jiran yang melihat mangsa berenang di Sungai Golok," katanya.

Imran berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan untuk mengesan mangsa.

"Seramai 13 anggota telah digerakkan ke lokasi untuk kerja-kerja SAR sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

"Operasi SAR ini turut dibantu oleh polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Bagaimanapun identiti mangsa masih belum dikenal pasti," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!