X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki maut terkena renjatan elektrik

Gambar hiasan.
A
A

KUCHING - Seorang lelaki warga tempatan berusia 37 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik peti pencawang Sarawak Energy Berhad (SEB) di tepi jalan Kampung Muara Tebas di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Superintendan Awang Din Awang Gani yang dihubungi pada Jumaat berkata, kejadian berlaku pada 10.51 malam dan sepasukan polis telah pergi ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan bersama-sama pasukan Bomba dan Penyelamat serta wakil SEB.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati mayat lelaki itu berada di dalam peti pencawang elektrik dan telah meninggal dunia. Mayat telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut dan kes disiasat sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR),” katanya.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan mayat mangsa ditemukan orang awam yang bertindak menghubungi talian kecemasan. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!