Buruh didakwa cabul anak perempuan usia lima tahun

Seorang bapa berusia 37 tahun (kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin atas dua pertuduhan mencabul anak perempuannya.
Seorang bapa berusia 37 tahun (kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin atas dua pertuduhan mencabul anak perempuannya.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki berusia 37 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin terhadap pertuduhan mencabul anak perempuannya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan maksud seksual telah mencabul pada bahagian kemaluan anak kandungnya yang ketika itu berusia lima tahun sembilan bulan di sebuah bilik di dalam rumah di Pasir Puteh, jam 3 petang, pada Mac tahun lalu.

Kesalahan itu tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 yang sama dan dibaca bersekali dengan Seksyen 16 Akta yang sama.

Pertuduhan kedua, lelaki itu yang bekerja sebagai buruh didakwa dengan maksud seksual melakukan seks oral kepada mangsa yang sama pada masa dan lokasi yang sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 yang sama dan dibaca bersekali dengan Seksyen 16 Akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizuan Sulaiman tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menetapkan sebutan kes pada 8 Jun depan.

Artikel Berkaitan: