Cemas nampak MPV polis, 30 penunggang berlanggar sesama sendiri

Antara mangsa yang terlibat dengan kemalangan malam Ahad.
Antara mangsa yang terlibat dengan kemalangan malam Ahad.
A
A
A

BAYAN LEPAS - Cemas selepas melihat kenderaan peronda polis (MPV) yang sedang melakukan rondaan menyebabkan sekumpulan penunggang motosikal bertempiaran lari hingga ada yang berlanggar sesama sendiri.

Kejadian berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu, di sini malam Ahad dikatakan melibatkan 30 motosikal dan salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan di bahagian belakang badan dan tangan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden AA Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 10.20 malam dan pihaknya hanya menerima laporan daripada seorang mangsa yang berusia 18 tahun.

Sekumpulan penunggang motosikal bertempiaran lari hingga ada yang berlanggar sesama sendiri.
Sekumpulan penunggang motosikal bertempiaran lari hingga ada yang berlanggar sesama sendiri.

"Siasatan mendapati kumpulan penunggang motosikal itu terbabas dan berlanggar sesama sendiri sebaik sahaja kereta peronda (MPV) polis tiba di tempat kejadian.

"Disebabkan keadaan kelam kabut itu, lelaki berkenaan mengalami cedera dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Ditanya sama ada kumpulan lelaki berkenaan sedang berlumba, Anbalagan berkata, mereka hanya dilihat menunggang secara berkumpulan.

Bagaimanapun katanya, siasatan lanjut masih diteruskan sama ada mereka terlibat dengan aktiviti lumba haram dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59.

Artikel Berkaitan: