Rakyat yakin kemampuan Acryl Sani

Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Bastien Onn
Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Bastien Onn
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Rakyat menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menjalankan tanggungjawab selaku Ketua Polis Negara (KPN), menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn berkata, Acryl Sani sememangnya layak dari segi pengalaman dan senioriti dalam PDRM.

“Tan Sri Abdul Hamid Bador sudah tamat tempoh kontrak dan (Datuk Seri) Acryl Sani adalah Timbalan KPN yang memang berpengalaman dan layak secara automatik.

“Cuma, apa yang menjadi harapan rakyat kini adalah beliau tidak tunduk kepada sebarang tekanan mahupun keperluan untuk memenuhi kehendak (sesetengah pemimpin) politik. Jangan bimbang, rakyat bersama kamu,” katanya pada Sabtu.

Acryl Sani, 60, akan menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang tamat kontraknya pada Isnin.

Berada kedudukan nombor dua dalam pasukan Sang Saka Biru,Acryl Sani, 60, berpengalaman luas dalam tugas kepolisan.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Timbalan Ketua Polis Daerah, Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ketua Polis Negeri Terengganu dan Perak serta Pesuruhjaya Polis Sarawak.

Selain itu, anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu pernah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah dan Timbalan Pengarah di Jabatan Siasatan Jenayah serta menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah di Jabatan Pengurusan.

Artikel Berkaitan:

Beliau juga pernah dilantik menjadi pengarah di beberapa jabatan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman iaitu Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 Ogos tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Acryl Sani dilantik Ketua Polis Negara baharu