Orang ramai boleh mohon slot daftar vaksin AstraZeneca

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bahawa orang ramai masih boleh memohon slot pendaftaran menerima vaksin AstraZeneca pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan netizen di ruang komen Twitter yang bertanya mengenai masalah-masalah teknikal yang terdapat di laman web vaksincovid.gov.my

Menurutnya, pendaftaran di laman web vaksincovid.gov.my berkemungkinan menghadapi masalah penggunaan trafik yang ramai untuk beberapa minit.

“Slot untuk vaksin AstraZeneca masih lagi ada. Masalah penggunaan trafik web yang berlebihan untuk beberapa minit yang pertama.

“Tetapi slot masih lagi ada,” katanya melalui ciapan di Twitternya pada Ahad.

There are AZ slots still available. Overwhelming traffic first few minutes. But slots still available.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) May 2, 2021

Pada Rabu lalu, Khairy berkata, vaksin AstraZeneca akan diberikan secara sukarela menerusi PPV khas, dalam masa terdekat.

Pemohon sukarela yang mahu menerima vaksin AstraZeneca boleh mendaftar di laman web vaksincovid.gov.my yang dijadualkan bermula pada Ahad jam 12 tengah hari.

Artikel Berkaitan:

Khairy berkata, pemohon yang berdaftar boleh memilih tarikh dan pusat pemberian vaksin (PPV) bagi mendapatkan vaksin tersebut.

100k appointments logged so far. 160k still available. pic.twitter.com/MoG5ciXBLV

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) May 2, 2021