X

Kindly register in order to view this article
!

Warga emas seperti mimpi dapat beraya di rumah baharu

Patimah bersyukur mendapat rumah baharu sumbangan MUIP di Kampung Pekan lama.
A
A

PEKAN - Tiada kata-kata dapat diungkap oleh seorang warga emas cacat penglihatan apabila menerima rumah baharu bagi menggantikan kediamannya sebelum ini yang terbakar pada Januari lalu.

Patimah Kundur,83, berkata, cuma Ramadan kali ini sangat bererti dalam hidupnya kerana bakal menyambut Aidilfitri di rumah sendiri.

"Syukur serta terima kasih kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kerana menyediakan rumah baru ini.

"Sekurang-kurangnya saya ada tempat berteduh dan pemberian ini paling bermakna dalam hidup saya. Saya seolah-olah seperti bermimpi, tetapi itulah orang kata rezeki di bulan Ramadan," katanya ketika ditemui di Kampung Pekan Lama pada Sabtu.

Rumah bernilai RM65,000 itu disediakan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dengan sokongan beberapa agensi lain.

Patimah memberitahu, anaknya akan tinggal bersamanya memandangkan dirinya tidak mampu lagi menguruskan diri sendiri.

"Saya tidak mampu untuk berjalan dan bergerak cuma menggunakan kerusi roda.

Sementara itu Pengurus MUIP Cawangan Pekan, Muhammad Hafidz Abdul Halim berkata, pihaknya meluluskan peruntukan sebanyak RM65,000 untuk membina rumah baharu untuk warga emas berkenaan.

Menurutnya, diharapkan rumah baharu itu memberi lebih keselesaan kepada Patimah dan anaknya yang bertanggungjawab menguruskan warga emas tersebut.

"Kita bukan setakat menyediakan rumah baharu, tetapi MUIP memberi kemudahan baik pulih rumah golongan miskin dan asnaf dalam usaha meringankan beban mereka," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!