Dakwaan KPN mengenai rasuah, budaya lompat parti serius: Asyraf Wajdi

Asyraf Wajdi Dasuki
Asyraf Wajdi Dasuki
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dakwaan dan pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kaitan rasuah dan budaya lompat parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu dipandang serius.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki, perkara tersebut turut mengesahkan tanggapan umum bahawa kerajaan PN banyak terpalit dengan pelbagai aktiviti jual beli pemimpin politik untuk terus kekal berkuasa.

“Rasuah yang terkait dengan lompat parti sudah bermula di zaman PH apabila ramai yang diugut dan ditekan dengan pelbagai kes mahkamah, cukai bahkan ditawar dengan pelbagai ganjaran untuk lompat parti menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi perkukuh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Diteruskan pula di zaman PN apabila ramai disucikan daripada pendakwaan dan penyiasatan bahkan secara terang-terangan merealisasikan agenda ‘Scheme of Thing’ yang dikaitkan dengan audio pemimpin tertinggi Kerajaan PN dengan pelbagai tawaran kedudukan dan posisi penting kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Sabtu.

Asyraf Wajdi turut mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan segera sebelum ‘nasi menjadi bubur’.

"Ambil tindakan tanpa takut bagi menyelamatkan negara daripada berterusan dirundung persepsi buruk bukan sahaja rakyat tetapi masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia," katanya.

Pada Jumaat, Abdul Hamid dalam satu sidang akhbar mendakwa rasuah politik sedang berleluasa dan menggesa SPRM menyiasat jenayah tersebut.

Artikel Berkaitan: