Empat bazar Ramadan di Johor ditutup mulai Sabtu

Dua bazar Ramadan di Johor Bahru dan masing-masing satu di Pasir Gudang dan Kota Tinggi ditutup bagi mengelak penularan Covid-19. (Gambar hiasan - Foto Bernama)
Dua bazar Ramadan di Johor Bahru dan masing-masing satu di Pasir Gudang dan Kota Tinggi ditutup bagi mengelak penularan Covid-19. (Gambar hiasan - Foto Bernama)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Empat bazar Ramadan di negeri ini akan ditutup bermula Sabtu bagi mengelakkan risiko penularan wabak Covid-19.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jami berkata, penutupan melibatkan dua bazar Ramadan di Johor Bahru dan masing- masing satu bazar di Pasir Gudang dan Kota Tinggi.

Katanya, tempoh penutupan bazar Ramadan terbabit bergantung kepada penilaian risiko oleh Jabatan Kesihatan Negeri.

"Penutupan bazar Ramadan ini bukan berpunca dari bazar itu tetapi dipercayai daripada individu yang tinggal di kawasan sekitar bazar Ramadan yang didapati positif Covid-19.

"Ada beberapa tempat di mana mereka ini dikesan melalui aplikasi MySejahtera, menyebabkan kerajaan terpaksa menutup empat bazar Ramadan, dua di Johor Bahru, satu di Kota Tinggi dan satu di Pasir Gudang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Ketika ditanya mengenai jumlah peniaga yang terjejas dengan penutupan empat bazar terbabit, Ayub menjelaskan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

Pada Jumaat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengeluarkan surat edaran arahan penutupan bazar Ramadan di kawasan pihak berkuasa tempatan.

Arahan terbabit dikeluarkan selepas kementerian menerima laporan dari HIDE ( Hotspot Identification by Dynamic Engagement) Bank Negara yang telah mengesan ancaman penyebaran jangkitan Covid-19 di kawasan bazar.

Artikel Berkaitan: