X

Kindly register in order to view this article
!

Kontrak Neelofa bersama Swarovski tamat

Busana nikah Neelofa diserikan dengan 5,000 butir baju kristal Swarovski. (Kenyataan Neelofa di Twitter.)
A
A

SHAH ALAM - Susulan tular kenyataan jenama aksesori mewah antarabangsa, Swarovski mengesahkan selebriti terkenal, Neelofa tidak lagi menjalinkan kerjasama dengan pihaknya menimbulkan pelbagai persoalan warganet.

Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, tampil menjernihkan keadaan dalam kenyataan ringkasnya di Twitter pada Jumaat.

Beliau menjelasnya dirinya bukan lagi duta jenama berkenaan selepas kontrak tamat pada Disember tahun lalu.

"Salam. Kontrak saya bersama Swarovski berakhir pada Disember 2020.

"Tetapi kami mempunyai hubungan yang baik dan kekal seperti itu. Harap ini menjelaskan," ciapnya.

Kenyataan ringkas pengacara terkenal itu meleraikan persoalan warganet mengenai beliau yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Di Korea Selatan, selebriti yang terpalit kontroversi seperti itu akan dibatalkan hasil kolaboratif bersama.

Ciapan warganet dikenali @azba95 dipercayai bertanyakan isu berkenaan dengan meletakkan 'tagged' pada syarikat berkenaan.

Jenama aksesori mewah itu kemudian membalas ciapan dengan berkata;

"Terima kasih kerana menghubungi kami. Kami boleh mengesahkan bahawa kami tidak lagi bekerja dengan Neelofa".

Difahamkan, usahawan itu telah mengikat kontrak bersama Swavorski pada 2018.

Pada Selasa, Neelofa dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, dan ahli keluarga telah dikenakan kompaun RM20,000, RM10,000 dan RM1,500 kerana melanggar SOP PKPB membabitkan majlis pernikahan dan larangan rentas negeri.

Semasa majlis itu, busana nikah Neelofa diserikan dengan 5,000 butir kristal Swarovski.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!