Rumah jadi lokasi panggilan ah long diserbu

Sebahagian wang tunai dan telefon bimbit yang dirampas dalam serbuan di tiga buab rumah di Alai Perdana. (Gambar kecil: Sundra Rajan)
Sebahagian wang tunai dan telefon bimbit yang dirampas dalam serbuan di tiga buab rumah di Alai Perdana. (Gambar kecil: Sundra Rajan)
A
A
A

MELAKA - Taktik sindiket pinjaman wang tanpa lesen yang menjadikan tiga buah rumah untuk aktiviti membuat panggilan ah long tumpas dalam serbuan di Alai Perdana, di sini pada Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri, Superintendan E Sundra Rajan berkata, serbuan yang dilakukan Bahagian Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Kontinjen Negeri itu berjaya menahan sembilan individu warganegara China termasuk empat wanita dipercayai terbabit dalam sindiket terbabit.

Menurutnya, polis turut merampas peralatan yang disyaki digunakan untuk berhubung dengan mangsa termasuk 14 telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah komputer riba dan papan kekunci, buku skrip penipuan pinjaman dalam bahasa Mandarin selain wang tunai berjumlah RM31,850.

"Turut dirampas enam pasport warganegara China dan hasil soal siasat awal mendapati mereka telah beroperasi sejak Februari lalu dengan menyasarkan mangsa dari negara China.

Empat individu warganegara China antara yang ditahan dalam serbuan di Alai Perdana pada Rabu lalu.
Empat individu warganegara China antara yang ditahan dalam serbuan di Alai Perdana pada Rabu lalu.

"Kesemua suspek berperanan mencari mangsa di media sosial dengan menawarkan pinjaman kepada mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Tambah beliau, suspek ditawarkan gaji bulanan sebanyak RM3,000 hingga 4,000 namun sehingga kini mereka masih belum menerima sebarang bayaran gaji.

"Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula Khamis lalu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan menipu.