Hargai peranan barisan hadapan

Ramli (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada anggota Balai Polis Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam pada Selasa. Hadir sama, Muhammad Nasir (dua dari kiri) dan Mohammad Firdaus (kiri).
Ramli (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada anggota Balai Polis Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam pada Selasa. Hadir sama, Muhammad Nasir (dua dari kiri) dan Mohammad Firdaus (kiri).
A
A
A

SHAH ALAM- KDEB Waste Management terus menyantuni petugas barisan hadapan pada bulan Ramadan menerusi program Singgah Sinar Iftar 1-Meter yang diadakan di Balai Polis Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini pada Selasa.

Kali ini anggota balai berkenaan menerima sumbangan pek makanan menerusi program yang turut melibatkan kerjasama dengan Sinar Harian.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management, Ramli Mohd Tahir berkata, sumba-ngan itu adalah sebagai menghargai jasa dan peranan anggota balai polis berkenaan dalam mendepani pandemik Covid-19.

“Ramadan adalah bulan ibadah. Sebab itulah kita ingin berkongsi nikmat bersama petugas barisan hadapan menerusi pemberian sumbangan ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Hadir sama Ketua Balai Polis Sri Muda, Inspektor Mohammad Firdaus Mohd Khairi dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Dalam pada itu, Ramli turut mengingatkan orang ramai agar dapat menguruskan sisa pepejal di tempat masing-masing dengan membuat pengasingan sisa yang betul dan membiasakan diri dengan amalan kitar semula.

“Biasanya pada bulan Ramadan, trend penjanaan sampah meningkat tetapi tahun ini didapati sedikit menurun sehingga tujuh peratus.

“Ia mungkin disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Selangor.

Artikel Berkaitan:

“Jadi, orang ramai lebih berhati-hati untuk keluar ke bazar Ramadan dan perlu patuh prosedur operasi standard bagi mengekang penularan pandemik Covid -19,” katanya.

Sementara itu, Mohammad Firdaus melahirkan terima kasih atas sumba-ngan KDEB Waste Management menerusi program berkenaan.