Tukang rumah didenda RM5,000 memiliki wang curi

Tertuduh, Lim Chau Ching, 34, dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini selepas mengaku salah atas dua pertuduhan memiliki wang curi.
Tertuduh, Lim Chau Ching, 34, dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini selepas mengaku salah atas dua pertuduhan memiliki wang curi.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang tukang rumah dijatuhi hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana memiliki wang curi berjumlah keseluruhan RM5,640.

Tidak cukup dengan itu, tertuduh, Lim Chau Ching, 34, turut berdepan empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan dibuat selepas tertuduh yang beralamat dari Jalan Belakang Tokong Cina, di sini, mengaku bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki wang hasil curi.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki wang curi berjumlah RM3,540 yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya oleh Azlina Abdul Aziz, 48, kira-kira jam 1.53 petang, di kaunter CIMB bank, Jalan Sultan Ismail, di sini, pada 21 Disember 2018.

Mengikut pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa memiliki wang curi berjumlah RM2,100 yang dimasukkan ke dalam akaun banknya oleh mangsa sama, kira-kira jam 12.29 petang di mesin ATM CIMB bank di Shell Pulau Kambing, di sini, pada 22 November 2018.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki wang curi.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Rathna di hadapan Majistert Noradila Ab Latif.

Artikel Berkaitan:

Sejurus pengakuan salah direkodkan, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,500 atau dua bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda bagi setiap pertuduhan.