PGA tahan pemandu lori seludup 4,200 paket tepung beras

Sejumlah 4,200 paket tepung beras bernilai RM10,500 yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran di Jalan Pak Keral di sini pada pagi Rabu.
Sejumlah 4,200 paket tepung beras bernilai RM10,500 yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran di Jalan Pak Keral di sini pada pagi Rabu.
A
A
A

TUMPAT - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 menahan seorang pemandu lori yang membawa 4,200 paket tepung beras bernilai RM10,500 di Jalan Pak Keral di sini pada Rabu dipercayai diseludup masuk dari negara jiran.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, sepasukan anggota Batalion 7 PGA mengesan sebuan lori jenis Hi-Ace berwarna putih dalam keadaan mencurigakan di Jalan Pak Keral, Tumpat dan berjaya menahan suspek berusia 52 tahun.

“Anggota menghampiri dan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis sebelum pemeriksaan lanjut di bahagian belakang lori menjumpai kotak - kotak berwarna coklat mengandungi 4,200 paket tepung beras dianggarkan bernilai RM10,500.

Lori yang digunakan untuk membawa 4,200 paket tepung beras bernilai RM10,500 yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran, Thailand.
Lori yang digunakan untuk membawa 4,200 paket tepung beras bernilai RM10,500 yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran, Thailand.

“Hasil siasatan awal, tepung beras tersebut di seludup dari Thailand melalui Pengkalan Haram,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, dalam Op Benteng kira-kira jam 8.52 pagi itu, polis turut merampas kesemua barang kes berserta lori yang bernilai RM 25,000.

“Rampasan dan tangkapan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan dan siasatan lanjut pihak Jabatan Kastam. Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967,” katanya.

Artikel Berkaitan: