JPJ Pahang kutip RM1.2 juta hasil lelongan kenderaan sita

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang berjaya mengutip RM1.2 juta melalui Lelongan Awam Kenderaan Sita JPJ Pahang Siri 1/2021, di sini pada Selasa. - Foto FB JPJ PAHANG
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang berjaya mengutip RM1.2 juta melalui Lelongan Awam Kenderaan Sita JPJ Pahang Siri 1/2021, di sini pada Selasa. - Foto FB JPJ PAHANG
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang mengutip berjumlah RM1.2 juta melalui Lelongan Awam Kenderaan Sita JPJ Pahang Siri 1/2021 di sini pada Selasa.

Pengarahnya, Kamarul Iskandar Nordin berkata, kutipan itu hasil lelongan 100 kenderaan pelbagai jenis termasuk 82 yang klon.

Menurutnya, seramai 79 pembida berjaya dalam bidaan mereka.

"Pada siri lelongan awam kenderaan sita ini, sebuah kereta jenis Subaru Impreza mencatat nilai bidaan tertinggi RM47,800 manakala dua motosikal jenis Honda C100 dan Modenas Kriss menerima nilai bidaan terendah pada harga permulaan minima RM50," katanya.

Antara pembida yang hadir pada Lelongan Awam Kenderaan Sita JPJ Pahang Siri 1/2021, di sini pada Selasa. - Foto FB JPJ PAHANG
Antara pembida yang hadir pada Lelongan Awam Kenderaan Sita JPJ Pahang Siri 1/2021, di sini pada Selasa. - Foto FB JPJ PAHANG

Kamarul Iskandar berkata, lelongan di Kompleks JPJ Pahang itu menawarkan 100 buah kenderaan membabitkan 57 kereta, kenderaan pelbagai guna (MPV) (27), motosikal (11), van (3) dan lori (2).

"Daripada jumlah kenderaan itu, 82 daripadanya merupakan kenderaan klon, 15 berstatus tidak boleh dilesenkan dan tiga kenderaan bukan klon.

"Harga permulaan minimum yang ditawarkan pada lelongan kali ini ialah RM50 manakala harga permulaan maksimum yang dibuka RM12,200 iaitu sebuah kenderaan jenis Honda Odyssey," katanya.

Artikel Berkaitan: