UEFA siasat 'salah laku' Ibrahimovic dalam perjudian

Zlatan Ibrahimovic
Zlatan Ibrahimovic
A
A
A

PENYERANG veteran AC Milan, Zlatan Ibrahimovic kini disiasat Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) kerana didakwa terlibat memiliki kepentingan dalam syarikat pertaruhan.

Awal bulan ini, sebuah syarikat penerbitan Sweden, Aftonbladet mendakwa Ibrahimovic berpotensi melanggar peraturan FIFA kerana keterlibatannya dalam syarikat perjudian yang berpangkalan di Malta, Bethard.

Hubungan Ibrahimovic dengan Bethard bukanlah perkara baharu memandangkan bekas bintang Manchester United dan Paris Saint-Germain itu menjadi duta global mereka pada 2018.

"Mengikut Artikel 31 (4) Peraturan Disiplin UEFA, seorang Inspektor Etika dan Disiplin UEFA dilantik bagi menyiasat salah laku Zlatan Ibrahimovic yang didakwa melabur dalam syarikat pertaruhan. Maklumat lanjut berhubung perkara ini akan diumumkan dalam masa terdekat," kata UEFA dalam satu kenyataan.

Minggu lalu, penyerang antarabangsa Sweden berusia 38 tahun itu telah menandatangani kontrak baharu selama setahun bersama Milan selepas membantu kelab itu mara ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Artikel Berkaitan: