Pas konsisten bebas rasuah

Khairil Nizam
Khairil Nizam
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin menegaskan Pas adalah sebuah parti unik kerana dilihat konsisten dari sudut dasar dan prinsip Islam.

Beliau berkata, sebaliknya yang berubah hanyalah dari sudut kepimpinan serta cara berpolitik.

“Bila kita mengambil dasar politik Islam, ia adalah mengenai prinsip integriti. Islam ini bercerita tentang pertimbangan dosa dan pahala.

“Sebab itu Pas konsisten dilihat parti yang bebas rasuah. Bila kita ada integriti, kita nak ambil duit 10 sen atau RM1 pun kita akan takut kerana kita tahu ALLAH SWT ada,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya pada Selasa.

Mengulas lanjut, Khairil berkata, Pas turut mengambil tiga pendekatan mengenai dasar berkenaan termasuk prinsip yang bersifat fundamental.

“Kedua ialah bersifat fleksibel selagi perkara berkenaan dibolehkan syarak. Tidaklah kita mengambil pendekatan Machievelli, matlamat menghalalkan cara.

“Ketiga, ia berfikir ke hadapan. Sebab itu Pas ada ‘blue print’ Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051,” katanya.

Artikel Berkaitan: