Enam lagi sekolah di Negeri Sembilan ditutup

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Enam lagi sekolah di Negeri Sembilan diarahkan tutup susulan terdapat kes positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 11 sekolah.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, sekolah yang dilaporkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri ini pada Isnin itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mambau, SMK Puteri, Sekolah Kebangsaan (SK) KGV dan SK Desa Cempaka, SK Gemas dan SK Methodist ACS.

Katanya, penutupan atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban dan Tampin, enam sekolah tersebut diarah tutup.

"Sekolah ini ditutup selama dua hari bermula 27 hingga 28 April, bagi membolehkan PKD membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan proses disinfeksi," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Tambahnya, penutupan sekolah boleh dilanjutkan melebihi tempoh dua hari lagi berdasarkan saranan, nasihat dan penilaian risiko oleh PKD yang berkaitan.

Sebelum ini, sebanyak lima sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup, berikutan terdapat kes Covid-19 dalam kalangan murid dan guru sehingga tempoh 27 April ini.

Lima sekolah itu termasuk dua di daerah Seremban, dan masing-masing satu di Batu Kikir, Jempol, Port Dickson, serta Kuala Pilah.

Setakat 25 April ini seramai 25 murid termasuk guru disahkan positif, manakala lebih 200 individu telah dipanggil untuk membuat saringan.

Artikel Berkaitan: