Tahanan merusuh tidak dapat pulang beraya

Pasukan Unit Tempur Ringan (LSF), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dikerah untuk mengawal situasi selepas dilaporkan berlaku rusuhan di Depoh Tahanan Imigresen (DTI), Manggatal, Kota Kinabalu.
Pasukan Unit Tempur Ringan (LSF), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dikerah untuk mengawal situasi selepas dilaporkan berlaku rusuhan di Depoh Tahanan Imigresen (DTI), Manggatal, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan pulang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dipercayai punca sekumpulan tahanan dilaporkan merusuh di Depoh Tahanan Imigresen (DTI), Manggatal pada Ahad.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, keadaan itu bagaimanapun berjaya dikawal selepas pasukan Unit Tempur Ringan (LSF), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian.

"Keadaan terkawal dan tiada tahanan yang meloloskan diri dari DTI berkenaan.

"Kita cuma dimaklumkan terdapat beberapa kerosakan dalam kejadian berkenaan yang hanya membabitkan sebuah blok," katanya ketika ketika dihubungi pada Ahad.

Tambah Hazani lagi, siasatan awal dipercayai berpunca apabila ada tahanan yang tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan pulang menjelang perayaan Hari Raya.

"Sebab pertama tahanan bertindak sedemikian disebabkan mereka tidak dapat balik Hari Raya. Kalau ingat 2015 lalu, dua hari sebelum Hari Raya, mereka merusuh juga sebab nak balik raya.

"Masalah sekarang ini penghantaran balik juga sedikit terganggu disebabkan pandemik Covid-19," katanya.

Terdahulu, dalam kejadian itu, tiada sebarang kecederaan atau tahanan berjaya meloloskan diri dilaporkan.

Artikel Berkaitan: