Wanita cedera diserang beruk

Tular di media sosial kecederaan yang dialami seorang wanita akibat diserang seekor beruk di Taman Tasik Taiping.
Tular di media sosial kecederaan yang dialami seorang wanita akibat diserang seekor beruk di Taman Tasik Taiping.
A
A
A

TAIPING - Seorang wanita cedera dipercayai diserang seekor beruk jantan ketika joging di Taman Tasik Taiping di sini pada Sabtu.

Susulan itu tular mesej di aplikasi WhatsApp meminta penduduk berhati-hati apabila kumpulan beruk telah mengganggu pengunjung di lokasi riadah tersebut.

Dalam kejadian itu, salah seekor haiwan berkenaan telah menyerang mangsa hingga mengalami kecederaan pada betis kiri.

Malah, satu klip video berdurasi 13 saat dipercayai dirakam orang ramai memaparkan kecederaan yang dialami hingga mangsa perlu dipapah.

Kejadian yang menimpa mangsa tular di media sosial.
Kejadian yang menimpa mangsa tular di media sosial.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya telah meninjau ke lokasi tersebut bagi menyiasat aduan mengenai kejadian berkenaan untuk tindakan lanjut.

"Setakat ini, tiada perkembangan kerana tidak menemui kumpulan beruk itu namun pemantauan akan dilakukan," katanya.

Artikel Berkaitan: