X

Kindly register in order to view this article
!

Dua mangsa bot terbalik ditemui

Sebelum ini saksi kejadian bot terbalik di Kuala Besar di sini mengakui sukar menyelamatkan tiga mangsa yang dikhuatiri hilang kerana berlaku ribut dan ombak yang tinggi. Gambar kecil: Shafien Mamat
A
A

KOTA BHARU - Dua daripada tiga mangsa bot terbalik di perairan Kuala Besar Badang ditemui selamat oleh bot pemancing di sini pada Sabtu.

Mereka yang ditemui ialah Mat [email protected] dan Mat Harun Mohd Nor.

Ketua Polis, Datuk Shafien Mamat berkata, mereka ditemui pada jam 3 petang tidak jauh dari lokasi kejadian bot mereka karam.

"Semasa ditemui kedua-dua mangsa sedang berpaut pada satu kotak fiber dan dibawa mendarat ke Jeti Pantai Sabak, Pengkalan Chepa.

"Mangsa akan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Pada Jumaat, Mat [email protected] dari Kampung Pulau Tebu Kuala Krai dan Mat Harun dari Kampung Kuala Besar bersama seorang lagi mangsa yang belum ditemui iaitu Zulshahmi Danial Zulazman dipercayai keluar ke laut untuk mencandat sotong.

Bagaimanapun, bot dinaiki mereka didakwa terbalik dalam satu kejadian ribut petir serta ombak besar selepas sejam mereka berbuka puasa di kawasan perairan berkenaan.

Sehingga kini, usaha mencari dan menyelamat Zulshahmi Danial masih giat dilakukan pihak berkuasa.

ARTIKEL BERKAITAN:Bot terbalik: Polis siasat sama ada mangsa patuh SOP

ARTIKEL BERKAITAN:'Ombak besar, kami tak mampu bantu mangsa'

ARTIKEL BERKAITAN:'Suami memang mahu jual bot itu'


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!