Dua tokan dadah diberkas dalam Ops Tapis

Polis merampas dadah dalam operasi Op Tapis di Desa Mentari, Petaling Jaya pada Jumaat.
Polis merampas dadah dalam operasi Op Tapis di Desa Mentari, Petaling Jaya pada Jumaat.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis memberkas dua pengedar dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Desa Mentari, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, operasi Ops Tapis pada jam 9.24 malam itu dijalankan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam rumah tersebut menemui 50 peket plastik lut sinar disyaki berisi dadah jenis heroin seberat 66 gram dan 10 peket plastik lut sinar disyaki ganja seberat 40 gram.

"Dianggarkan keseluruhan nilai dadah yang dirampas berjumlah RM4,310 selain rampasan wang tunai RM3,500.

"Kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 38 tahun itu bagaimanapun negatif dadah hasil ujian saringan air kencing," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sejumlah wang tunai yang dirampas polis dalam Op Tapis di Desa Mentari, Petaling Jaya pada Jumaat.
Sejumlah wang tunai yang dirampas polis dalam Op Tapis di Desa Mentari, Petaling Jaya pada Jumaat.

Beliau berkata, kedua-dua suspek terbabit telah direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mengulas lanjut, Mohamad Fakhrudin berkata, operasi Ops Tapis yang dijalankan bermula jam 7.30 pagi itu telah berjaya menahan 16 lelaki termasuk seorang warga asing berusia 17 hingga 46 tahun.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pihaknya telah merampas dadah jenis heroin seberat 66.3 gram, syabu (75 gram), ganja (40.4 gram) dan eramin (1.90 gram).

"Dengan jumlah tangkapan melepasi dua angka ini, diharapkan ia dapat memberi mesej yang jelas kepada masyarakat bahawa BSJN IPD Petaling Jaya tidak berkompromi dengan jenayah dadah ini.

"Mereka akan ditangkap dan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952" katanya.